KeKECEWAan itu tanda kasih SAYANG??…..

Published 11 November 2010 by chaleeya

Salam…..

Hidup nie ibarat roda….jap kite kat atas… jap kite kat bawah…. Kita sebagai manusia biasa sering lupa akan adat resam kehidupan di dunia ni…. Kita juga sering mengeluh apabila kita di bawah… Mcm2 la ayat yg kurang sedap di dgr akan keluar dr mulut… dan kita akan bergembira apabila kita ada di atas… Kitaran kehidupan ini akan berulang sehingga lah kita menghembuskan nafas yang terakhir kat dunia nie……

Saya ada terbaca satu artikel di sebuah majalah… Kekecewaan Itu Tanda Kasih Sayang…??? agak menarik isi kandungan nya….  Bila baca artikel ni teringat  pada seseorang yang pernah meluahkan masalah yg dihadapinya satu ketika dulu pada saya… Jadi sy dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan kengkawan semua…. Sebagai peringatan dan pedoman kite hidup di dunia yg semakin mencabar nie…

~~ chaleeya's blog ~~

Allah sedang memanggil….

Apabila kita kecewa, sebenarnya ALLAH SWT sedang memanggil kita utk menghampirinya…. Masakan tidak, jika selama ini kita selalu alpa akan kewujudan-Nya kini kekecewaan membawa seseorang itu menghampiri-Nya dengan begitu dekat sekali…

 

Hanya yg menjadi persoalan nya, adakah kita mahu mendekati-Nya atau kita tenggelam dalam kekecewaan yang kita cipta sendiri??…. Jika kita tenggelam dalam lubuk kecewa, maka kita tidak dapat merasa kasih sayang Allah yang sedang menaungi kita…

Kita tenggelam dalam kesibukan mencari jalan keluar kpd masalah dan tanpa sedar kita sudah bertuhankan masalah, bertuhankan kekecewaan. APabila kita mewujudkan ikatan yg kuat dgn kekecewaan maka kita sebenarnya hanya menambah beban yg tidak seharusnya wujud.Seseorang itu akan semakin terbeban dengan perasaannya…

Jika seseorang itu dpt melihat kekecewaan itu sebagai satu dari tanda2 kasih sayang ALLAH SWT maka kekecewaan itu pasti akan lenyap dan kebahagiaan akan mula mengambil tempat. Mungkinramai yang akan berkata bhw cukup senang untuk membuat kenyataan tetapi bagi yang memikulnya, ia tidak mampu memperkatakannya…

Justeru itu, adalah lebih baik untuk kita sama2 berkongsi jalan dan caranya untuk menukarkan kekecewaan kepada kebahagiaan daripada hanya membicarakannya secara perasaan…

Pertama, kita perlu memahami bahawa hanya ALLAH SWT yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita, kerana Dia maha mengatur perjalanan hidup setiap hambanya. Maka seandainya kekecewaan sudah mula dirasai kembalilah kepadanya dengan sepenuh jiwa dengan memperkuatkan jiwa dan mental.

Kecewa itu tanda kasih sayang ALLAH SWT dan ingatlah rahmat ALLAH sentiasa mendahului kemurkaannya… Maka lihatlah kekecewaan itu dengan melihat kurniaan kasih sayang bukan dengan keluh kesah yang membawa derita. WALLAHUALAM…..

2 comments on “KeKECEWAan itu tanda kasih SAYANG??…..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: