Archives

All posts for the month April, 2011

~ TraVeL to SinGaPoRe ~

Published 23 April 2011 by chaleeya

chaleeya blog

golllllll!!!!!!

chaleeya blog
warga belia negeri selangor
chaleeya blog
sempat yer!! hehe
chaleeya
lunch?? milo dinasour??
chaleeya blog
yummy….
chaleeya blog
nak??
chaleeya blog
ice-cream time
chaleeya blog
di depan Stadium Jalan Besar, Singapore
chaleeya blog
sempadan Malaysia – Singapore
chaleeya blog
me & kengkawan
chaleeya blog
Breakfirst time..
chaleeya blog
dlm bas…. off to Singapore…
chaleeya blog
Sementara menunggu peserta yg lain…

Assalamualaikum….. (^_^)

Salam sayang buat pembaca blog ku… [ade ker??? ahahahhahhha…. blasah la labu…]  Hehehehhehehe…. x tau nk story ape sebenar nyer.. huhu… dlm mase terdekat nie nutin yg menarik… ade pun terlalu privacy nk share…. heh heh heh… [belum tiba masa nak share yg nie..] so… kite post la picture lame eh…ok x?? hehehe… x kire, ok ke x, nak OK gak!! <— pakse nih!!

Setiap tahun Selangor akan mengadakan perlawanan bola persahabatan Piala ape tah… x igt dah… so kebiasaan nyer perlawanan akan diadakan secara bergilir… andai kata tahun nie kat Selangor, so next year buat lah kat Singapore plak… begitu la seterus nya…. Pada tahun 2009 merupakan giliran Negara Singapore plak jd tuan rumah….. Sy n kengkawan mewakili warga Belia Negeri Selangor pun reramai la turun Singapore bg memberi sokongan yg padu lagi jitu kepada pasukan Selangor kesayangan… Kami bergerak menaiki bas…. Bape buah bas erk time tue??? ermmmmm…. byk gak la…. ade la dalam 8 buah bas kesemuanya…. Syoookkkkkk konvoi reramai…. hehehehe….

Tepat pukul 10.30 mlm kami semua berkumpul di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah a.k.a Bangunan SUK… Dalam pukul 11.00++ kitorg bertolak ke Singapore….. Best + Letih… Tido dlm bas yer kengkawan…. Kami sampai di Singapore dlm pukul 6 lebey r…. Sampai Stadium Jalan Besar tepat pukul 7.00 pg…. hehehhehe… Semangat giler subuh dah smpai!! Padahal game mlm der!!! Sooo… APe lagi??? Shoppingggggggg…… Yahoooooo…… ahahahhahahha… buat pertama kali nyer sy smpai di Singapore…. sy dh hafal jalan….!!! HEBAT!! hehehehhehhe….. so kitorg pusing town jalan kaki jer…. TEKSI??? x payah!! membazir jer…. korg bwk duit ker??? Jalan kaki sudah….Arab Street lagi pe tah name jalan tue… x igt dah…. sume habis kitorg pusing….Sgt best…. smpai melecet2 la kaki member…. ahahahhahahhhahha… rugi x snap picture time round town! huh!!…. so korg layan je r pic yg ade erk?? hehehhehhe…

Presenting…… (^_~)Y

Advertisements

~TeTaMu Di HaTi~

Published 21 April 2011 by chaleeya

chaleeya blog

~KAU di hati Ku~

Assalamualaikum…….

Sekadar ingin berkongsi pengetahuan….  (^_~)

Suami hanyalah tetamu

Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada sikap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri.” Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.

”Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri.

”Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.

”Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.

”Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri, akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka datang menjengok kita ibarat tetamu.

”Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.

”Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.

”Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ”Saya reda awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya. Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik daripada awak.” Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi kahwin, mungkin dia fikir jika saya diceraikan dia takut saya berkahwin dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.

Kewangan

”Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.

”Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.

”Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya; ”kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.” Puas saya fikir apa maksud emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami walaupun kita sayang dia.

”Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman. Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.

”Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak. Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan merasa rugi kalau ceraikan saya.

”Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaranNya.

”Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka, berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.

”Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab, kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.

”Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita. .

”Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri.

”Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di akhirat.” Pesanan Marlisya menutup cerita.

Manfaat Pergerakan Dalam Solat

Published 18 April 2011 by chaleeya

Salam…. Guys… Korang tau x, setiap pergerakan kita dalam solat bukan sekadar pergerakan kosong, setiap pergerakan yg kita lakukan di dalam solat mempunyai FAEDAH yg tersendiri… nak tau?? Moh kite tgk eh…… :

1: Posisi Pertama – BERDIRI LURUS & KEDUA2 TANGAN DI ANGKAT KE ATAS

       Faedah – Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada 2 kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan x bengkok serta fikiran dpt dikawal & lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas & bawah bahagian belakang berasa tenang & rehat. Pusat otak yg atas & bawah bersatu. [ senaman yg sgt baik utk otot kita!! ]

2: Posisi Kedua – BERDIRI BETUL SERTA MEMBACA AL-FATIHAH & SURAH

      Faedah – Menimbulkan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, MENIMBULKAN RASA RENDAH DIRI, KHUSYUK & TAWADUK. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dlm bahasa arab di tuturkan, menggerakkan & menyelerakkan semua GETARAN DRPD 99 NAMA ALLAH dalam keadaan terkawal & sempurna ke seluruh badan, fikiran & jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal & paru2, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan anggota berkenaan.

3: Posisi Ketiga -RUKUK

      Faedah – Merenggangkan otot bhgn bawah belakang, paha, betis. Darah di pam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati & mengharmonikan batin.

4: Posisi Keempat – IKTIDAL iaitu berdiri lurus selepas rukuk

      Faedah – Darah yg baru bergerak masuk ke dlm ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaiti sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat & melepaskan ketegangan.

5: Posisi Kelima – SUJUD

          Faedah – Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot parut dan mengelak PERUT BUNCIT. Menambahkan aliran darah ke bhgn ats bdn, khususnya kepala (termasuk mata, Telinga & hidung) serta paru2. “Mental Toxin” minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambhakan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran & Tawakal Kepada Allah. Meninggikan Makam roh dan menimbulkan tenaga yg tinggi ke seluruh bdn, malah kedudukan sujud ini adalah pati iabdat solat.

6: Posisi Keenam – DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD

          Faedah – Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pd usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah bdan mereka. Posisi tubuh badan ini membantu penghadaman dgn menekan kandungan perut ke bawah.

7: Posisi Ketujuh – SUJUD KEDUA

         Faedah – Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf jd lebih seimbang.

8: Posisi Kelapan – BANGUN SEMULA DARIPADA SUJUD

        Faedah – Peredaran darah kembali ke bahaguan atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati & menggerakkan tindakan otot pd usus besar posisi tubuh & memberikan rehat yg selesa & gerakan ini membantu penghadaman dgn menekan kandungan dalam perut ke bawah.

Oleh yg demikian kengkawan…. dengan hanya bersolat LIMA waktu sehari sudah cukup untuk membuatkan tubuh badan kita sihat. Fikir2 kan & selamat beramallllll……. (^_~)

Regards….. With Full Of Love….

~Kem Motivasi – Part 2 ~

Published 17 April 2011 by chaleeya

chaleeya blog

lompat... jgn x lompat... dh mcm pocong pun ade! ahahahaha

 

chaleeya blog

dah penat bersukan.. kita minum duluuuuu!!!

 

chaleeya blog

Bismillah

 

chaleeya blog

heh heh heh... ala2 ayu gituew!!

 

chaleeya blog

~ BesT BUDDY ~

 

chaleeya blog

tunjuk bakat memasing... huhu

chaleeya blog

penyampaian hadiah kpd pemenang sukan kanak2 riang

 

chaleeya blog

bermaaf2an di hari raya... huhu

 

chaleeya blog

bergambar bersama urusetia sebelum berpisah...

  ~~ SEKIAN ~~

Regards…. Full Of Love….

~Kem Motivasi & Lawatan Sambil Belajar Anak Yatim Daerah Gombak~

Published 16 April 2011 by chaleeya

Assalamualaikum…..

Ellooo….. hehehehe…. Nie adalah kesinambungan projek yg entrie yg lepas MELAKA… Yang Melaka tue kami bawak anak2 yatim dari daerah Sabak bernam…. Untuk Daerah Gombak kali nie kami bawak dorg p Pulau Pangkor plak… Bila anak2 yatim semua happy… kami pun happy gak…. hahahaha….

Layan gamba la yer kengkawan…..

chaleeya blog

view from feri yg kitorg naik...

 

chaleeya blog

Second Programice breakingbarisan urusetia UPENxtvt berkumpulan

chaleeya blog

khusyuk mendengar ceramah yg diberikan oleh Pn Nurul Faizah ;p

 

chaleeya blog

ape ye yg dorg smpaikan td?? lupe r plak... adehhhhh!!!

 

chaleeya blog

with my adeks2... lukis dik, jgn x lukis...sukan kanak2 riang.... (^_^)Ape yg penting?? Kerjasama... ahahahhahajatuh sudah!! huhu

 

chaleeya blog

bdn kecik jer... tp berbakat tau!! hehe... cute adik nih!

 

chaleeya blog

menyempat jer bdk kecik nih!!

 

chaleeya blog

BBQ time.... Bismillah (^_^)

 

chaleeya blog

Melayan kerenah adik2 mkn...

………….. To Be Continue……….

M.E.L.A.K.A

Published 16 April 2011 by chaleeya

Salam….

Hehehe… dh lame x jenguk blog ku nie… naik bersawang sudah!! hohoho…. al kisah… td terjumpe gamba lame… xde la lame sgt… gamba 2 tahun lepas kot… gamba nie amek mase Program Anak Yatim Daerah Sabak Bernam.  ermm… x tau nk tulis per…. juz layan je ar gamba yg ade eh….

Chaleeya's blog

Anak2 Yatim dari Rumah Anak Yatim Sekendi

 

chaleeya blog
Kota A’Famosa
chaleeya blog
Muzium Melaka
chaleeya blog
Tinjauan (^_^)
chaleeya blog
Aqif & Me
chaleeya blog
bersama ahli rombongan.. kiki
chaleeya blog
~ K A M I ~
chaleeya blog
lagi~~~ Hehe
chaleeya blog
depan muzium
chaleeya blog
huhu (^_~)
chaleeya blog
kami yg Sgt BERTUAH… hehehe
chaleeya blog
Semoga Berjaya Kpd Semua Peserta.. Semoga Menjadi Insan Yg Berguna (^_^)

Sekian….  Regards… With Full Of Love….

~ M A K & A B A H ~

Published 5 April 2011 by chaleeya

Bersama Abah tercinta En. Mohd Othman bin Marjiki

Bersama Abah tercinta En. Mohd Othman bin Marjiki

Assalamualaikum……

Kepada semua pengikut blog ku… huhuhuhu…. tetibe mlm nie sy ter”EMO” plak….. hurmmm…. bkn per… biasa nya sedari kecil lagi kita klu nk sesuatu, kepada mak ayah la kita meminta…. betul x?? sape setuju sila tinggalkan comment anda…. hehehehe…. tue zaman sekolah dulu… tp sy percaye, even sekarang nie, dah besar panjang pun, apa2 kita akan rujuk kepada mereka yg bergelar ayah & ibu…. kan? x kira apa jua yg terlintas di fikiran…. so, bila dh besar2 nie, terutama nya kaum hawa nie…. suka dan duka pasti akan dikongsi bersama insan tersayang yg bernama IBU / MAK / MAMA / UMMI dan sebagai nya…. ini kerana kebiasaan nya kaum ibu nie la yg lebih memahami hati si anak… ini disebabkan ikatan yg terjalin antara ibu n si anak selama 9 bulan yg berada di dlm rahim si ibu….
Sejujurnya….. sy teramat cemburu dengan mereka yg dh berumur tetapi masih mempunyai ibu dan ayah… Fuhhhh!!!!…. [ take a deep breath…..] sbb sy dah xde mak…. mak sy telah meninggalkan kami adik beradik pada tanggal 26 Ogos 1996 [Isnin] jam 2++ ptg….. hurmmm….. x kan ku lupakan tarikh keramat itu…. (T_T) huhuhuhu… sgt sedih…. waktu tue sy baru Darjah 5….. masih mentah untuk menghadapi semua itu… tetapi ku bersyukur kerana mempunyai ramai kakak dan masih ada abah yg sgt tabah dlm membesarkan kami 6 beradik….. Maka hilang la tempat kami mengadu….kini segalanya sy pendam sendiri… menumpang kasih pada yg sudi….. walaupun mereka menganggap sy seperti anak mereka sendiri…. dan diberi kasih syg yg secukup nya… namum ia tidak dpt menandingi kasih ibu sendiri….. tidak semua masalah yg dihadapi dpt dikongsi… segala yg dihadapi terpaksa dilalui seorang diri…… tdk seperti mereka yg masih mempunyai ibu…. Ya Allah… Tabahkan la hati hambaMu ini….. Dalam menghadapi liku2 kehidupan…… sesungguh nya sy hanya insan yg lemah…..
Ibunda Tercinta ~Samaniah bt Mohamad~

Ibunda Tercinta ~Samaniah bt Mohamad~

Semoga roh nya di cucuri rahmat & di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman… InsyaAllah… Al-Fatihah buat Mak tercinta…… Amin…… Mak….. Andai nya mak masih hidup sekarang nie, mak dah ada 10 org cucu…. ramai kan??? mmg meriah… abah pun kekadang x larat nk melayan kerenah cucu2 nya…. klu semua berkumpul…. mengalahkan pasar mlm riuh nya rumah abah tue mak…. (T_T) [ Ya Allah…. berdosakah aku menangisi mereka yg telah pergi mengdapMU yaAllah??]
Mak… nie la antara cucu2 mak yg ada… gamba nie kami ambil pada hari raya tahun 2009…
cucu kpd En.Othman & Pn.Samaniah

cucu kpd En.Othman & Pn.Samaniah

Mak…. skang nie cucu mak ada yang dah masuk alam persekolahan….Ramai dh cucu mak…. Orang dpt bayangkan klu mak masih hidup….. mak mesti happy…. di kelilingi dgn cucu yg ramai…. Tapi apakan daya, semua tue x kan berlaku…. Even mak dah xde, tp bg org… mak sentiasa ada dekat dgn kami semua….. Mak…. Orang doakan semoga mak tenang di sana…. & ditempatkan di kalanganorang2 yg beriman… AMIN…..
Orang rindu sgt2 kat mak….. (T_T)
~~AL- FATIHAH~~
ARWAH SAMANIAH BINTI MOHAMAD
26 OGOS 1996
SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT