L – i – F – e

All posts in the L – i – F – e category

Hati Seorang Wanita

Published 17 November 2011 by chaleeya

~~ AwaN MenDuNg ~~
~~ AwaN MenDuNg ~~

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Teguran Itu Penting

Published 4 November 2011 by chaleeya

Salam…..

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

perjalanan hidup masih jauh... fikir2kan

perjalanan hidup masih jauh... fikir2kan

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur. Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada. Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

 Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak. Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya. Kata Hukama, “Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita”. Manusia memerlukan ‘cermin’ bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Im Backkkkk…….

Published 28 October 2011 by chaleeya

Assalamualaikum…..

Hehe… dah lame x jenguk blog….. busy la kate kan…… hik hik hik….

baru2 nie ade program…. Program Kem Motivasi & Teknik Menjawab Soalan PMR & SPM Anak2 Pesawah Padi yang diadakan di Riverstone Eco Resort, Ulu Yam…. ermmm… tempat yg sangat BEST…!!!! sangat tenang jiwaku dengan kehidupan alam semulajadi…… serius sy dah mula rindukan tempat tue…. ngan menu makanan yg sangat menepati cita rasa… Menu JAWA okee….. i Loikeeee…..

so…. kite upload la picture program….

layan…..

Dalam Mihrab Cinta

Published 14 June 2011 by chaleeya

Salamm……

Skarang nie tgh ade mood nk update blog… dah lame kot tinggal blog nie…. sian dia… dah lame kene tinggal… huhuhuhu….

Lately nie mood tgh nak layan citer Indonesia plak…. Korea dah puas, nie layan Indo plak… Hehehe… Maklum r, nk p Indonesia tuk cuti2 rehatkan mida x dpt, so kite layan jer r cite Indon nie….

Ada hamba Allah nie cadangkan suh tengok citer Dalam Mihrab Cinta…. best kate nyer….. Hurmmm…. berfikir sejenak….. sejak biler dia layan citer indon nie?? hehe… jgn marah yer Tok Wan… ;p Punya la gigih p pusing area Bandar Klang tuk cari VCD Dalam Mihrab Cinta tue…. tp hampa… kikikiki…. dh ku cadangkan, kat Sungai Besar mesti ada…. hehehe… ( alasan jer, sebenarnyer aku yg nk berjalan…. hua hua hua… )

Di kesempatan yg ada, singgah r kedai cd kat Sungai Besar tue….. Haaaa…. kan ada…. org dh ckp dah…. hehehehhehhehhe….. so jumpe la nie ha…

chaleeya's blog
Dalam Mihrab Cinta

Best r layan citer nie….. hehehe… sy dah tengok 5-6 kali yer…. hehehehe… sampai naik hafal r dialog… lagu pun best… Terasa insaf pun ada…. menceritakan tentang kehidupan seorang pencopet yg ganteng banget….. hehehehe… gue udah bisa ngomong indon kok…. hehehhehe…. disebabkan tuduhan yg dilemparkan, diri yg suci telah bertukar…. Tp syukur alhamdulillah, Tuhan masih syg pada diri nya… dan diberi kan kesedaran…. dan Alhamdulillah Syamsul Hardi telah bertukar menjadi seorang ustaz…. hurmmm…. kalu nk tau cite lebih lanjut, sila la tgk citer nie eh… Bestttt…. x rugi kalu tgk….. dia beri byk pengajaran dan pedoman hidup…..

LAgu dia pon best… kat cnie sy nk share salah satu lagu yg terdpt dalam filem nie…
 
 ~ B u N g A – B u N g A  C i N t a ~

Dude Feat Asmirandah – Bunga-bunga Cinta [OST Dalam Mihrab Cinta]

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2011/02/lirik-lagu-bunga-bunga-cinta-ost-dalam.html#ixzz1PCroEr2x

~Asal Usul Solat~

Published 13 June 2011 by chaleeya

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama
:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua
:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:-
Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu te lah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan..
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .

ermmmm….

Published 7 June 2011 by chaleeya

Salam……

dah lame x jenguk blog….. xde idea…. xde mood…. berserabut pale otak nie…. malas nak pk….. busannnnnn……. 😦

chaleeya's blog
Sektoral Bowling Team…

Tetibe rindu plak nak men bowling….. Picture sebelah nie adalah team bowling opis…. we r the champions…. champions ker???? bole r gak…. huhuhuhu…. sekarang sume dah xde, xtvt x jalan, semuanya dah bosan…… sume dh bwk haluan masing2…. hurmmm………. SILENT is the best!!!!

dah la…. mls nk menaip lagi…. kang benda yg x patut pon kuar gak…. BUBBYEEEEE>……
Salammm……

~ TraVeL to SinGaPoRe ~

Published 23 April 2011 by chaleeya

chaleeya blog

golllllll!!!!!!

chaleeya blog
warga belia negeri selangor
chaleeya blog
sempat yer!! hehe
chaleeya
lunch?? milo dinasour??
chaleeya blog
yummy….
chaleeya blog
nak??
chaleeya blog
ice-cream time
chaleeya blog
di depan Stadium Jalan Besar, Singapore
chaleeya blog
sempadan Malaysia – Singapore
chaleeya blog
me & kengkawan
chaleeya blog
Breakfirst time..
chaleeya blog
dlm bas…. off to Singapore…
chaleeya blog
Sementara menunggu peserta yg lain…

Assalamualaikum….. (^_^)

Salam sayang buat pembaca blog ku… [ade ker??? ahahahhahhha…. blasah la labu…]  Hehehehhehehe…. x tau nk story ape sebenar nyer.. huhu… dlm mase terdekat nie nutin yg menarik… ade pun terlalu privacy nk share…. heh heh heh… [belum tiba masa nak share yg nie..] so… kite post la picture lame eh…ok x?? hehehe… x kire, ok ke x, nak OK gak!! <— pakse nih!!

Setiap tahun Selangor akan mengadakan perlawanan bola persahabatan Piala ape tah… x igt dah… so kebiasaan nyer perlawanan akan diadakan secara bergilir… andai kata tahun nie kat Selangor, so next year buat lah kat Singapore plak… begitu la seterus nya…. Pada tahun 2009 merupakan giliran Negara Singapore plak jd tuan rumah….. Sy n kengkawan mewakili warga Belia Negeri Selangor pun reramai la turun Singapore bg memberi sokongan yg padu lagi jitu kepada pasukan Selangor kesayangan… Kami bergerak menaiki bas…. Bape buah bas erk time tue??? ermmmmm…. byk gak la…. ade la dalam 8 buah bas kesemuanya…. Syoookkkkkk konvoi reramai…. hehehehe….

Tepat pukul 10.30 mlm kami semua berkumpul di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah a.k.a Bangunan SUK… Dalam pukul 11.00++ kitorg bertolak ke Singapore….. Best + Letih… Tido dlm bas yer kengkawan…. Kami sampai di Singapore dlm pukul 6 lebey r…. Sampai Stadium Jalan Besar tepat pukul 7.00 pg…. hehehhehe… Semangat giler subuh dah smpai!! Padahal game mlm der!!! Sooo… APe lagi??? Shoppingggggggg…… Yahoooooo…… ahahahhahahha… buat pertama kali nyer sy smpai di Singapore…. sy dh hafal jalan….!!! HEBAT!! hehehehhehhe….. so kitorg pusing town jalan kaki jer…. TEKSI??? x payah!! membazir jer…. korg bwk duit ker??? Jalan kaki sudah….Arab Street lagi pe tah name jalan tue… x igt dah…. sume habis kitorg pusing….Sgt best…. smpai melecet2 la kaki member…. ahahahhahahhhahha… rugi x snap picture time round town! huh!!…. so korg layan je r pic yg ade erk?? hehehhehhe…

Presenting…… (^_~)Y