LuRvE

All posts in the LuRvE category

CinTa TerAgunG

Published 22 November 2011 by chaleeya

Lirik lagu Cinta Teragung

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Read more: http://nurizspace.com/2011/06/lagu-baru-hazama-af9-cinta-teragung-download-mp3.html#ixzz1ePF176RD

Advertisements

~~ Harga Diri ~~

Published 18 November 2011 by chaleeya

Lahir dari hatiku… ahakss….dia tau sy sukeeee sgt lagu nie…..Wali Band : Harga Diri ….. sy tujukan lagu ni khas tuk My Atok’s…. [ mode : Jiwang.. ]

(^______^)

Di dirimu aku menemukan

Yang mencintaiku

Yang menyayangiku

Di dirimu aku ketakutan

Kau biarkanku

Kau tinggalkanku

Reff:

Bila kamu tak lagi denganku

Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku

Bila memang kau pergi dariku

Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku

Dan tangis tawaku

Kau semua hidupku

Pandang aku pandanglah hatiku

Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri

Tapi dirimu begitu berarti

Kaulah nafasku engkau harga diriku

Mengerti aku….

Back to Reff

Dalam Mihrab Cinta

Published 14 June 2011 by chaleeya

Salamm……

Skarang nie tgh ade mood nk update blog… dah lame kot tinggal blog nie…. sian dia… dah lame kene tinggal… huhuhuhu….

Lately nie mood tgh nak layan citer Indonesia plak…. Korea dah puas, nie layan Indo plak… Hehehe… Maklum r, nk p Indonesia tuk cuti2 rehatkan mida x dpt, so kite layan jer r cite Indon nie….

Ada hamba Allah nie cadangkan suh tengok citer Dalam Mihrab Cinta…. best kate nyer….. Hurmmm…. berfikir sejenak….. sejak biler dia layan citer indon nie?? hehe… jgn marah yer Tok Wan… ;p Punya la gigih p pusing area Bandar Klang tuk cari VCD Dalam Mihrab Cinta tue…. tp hampa… kikikiki…. dh ku cadangkan, kat Sungai Besar mesti ada…. hehehe… ( alasan jer, sebenarnyer aku yg nk berjalan…. hua hua hua… )

Di kesempatan yg ada, singgah r kedai cd kat Sungai Besar tue….. Haaaa…. kan ada…. org dh ckp dah…. hehehehhehhehhe….. so jumpe la nie ha…

chaleeya's blog
Dalam Mihrab Cinta

Best r layan citer nie….. hehehe… sy dah tengok 5-6 kali yer…. hehehehe… sampai naik hafal r dialog… lagu pun best… Terasa insaf pun ada…. menceritakan tentang kehidupan seorang pencopet yg ganteng banget….. hehehehe… gue udah bisa ngomong indon kok…. hehehhehe…. disebabkan tuduhan yg dilemparkan, diri yg suci telah bertukar…. Tp syukur alhamdulillah, Tuhan masih syg pada diri nya… dan diberi kan kesedaran…. dan Alhamdulillah Syamsul Hardi telah bertukar menjadi seorang ustaz…. hurmmm…. kalu nk tau cite lebih lanjut, sila la tgk citer nie eh… Bestttt…. x rugi kalu tgk….. dia beri byk pengajaran dan pedoman hidup…..

LAgu dia pon best… kat cnie sy nk share salah satu lagu yg terdpt dalam filem nie…
 
 ~ B u N g A – B u N g A  C i N t a ~

Dude Feat Asmirandah – Bunga-bunga Cinta [OST Dalam Mihrab Cinta]

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2011/02/lirik-lagu-bunga-bunga-cinta-ost-dalam.html#ixzz1PCroEr2x

~TeTaMu Di HaTi~

Published 21 April 2011 by chaleeya

chaleeya blog

~KAU di hati Ku~

Assalamualaikum…….

Sekadar ingin berkongsi pengetahuan….  (^_~)

Suami hanyalah tetamu

Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada sikap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri.” Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.

”Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri.

”Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.

”Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.

”Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri, akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka datang menjengok kita ibarat tetamu.

”Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.

”Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.

”Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ”Saya reda awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya. Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik daripada awak.” Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi kahwin, mungkin dia fikir jika saya diceraikan dia takut saya berkahwin dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.

Kewangan

”Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.

”Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.

”Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya; ”kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.” Puas saya fikir apa maksud emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami walaupun kita sayang dia.

”Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman. Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.

”Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak. Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan merasa rugi kalau ceraikan saya.

”Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaranNya.

”Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka, berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.

”Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab, kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.

”Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita. .

”Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri.

”Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di akhirat.” Pesanan Marlisya menutup cerita.

~ M A K & A B A H ~

Published 5 April 2011 by chaleeya

Bersama Abah tercinta En. Mohd Othman bin Marjiki

Bersama Abah tercinta En. Mohd Othman bin Marjiki

Assalamualaikum……

Kepada semua pengikut blog ku… huhuhuhu…. tetibe mlm nie sy ter”EMO” plak….. hurmmm…. bkn per… biasa nya sedari kecil lagi kita klu nk sesuatu, kepada mak ayah la kita meminta…. betul x?? sape setuju sila tinggalkan comment anda…. hehehehe…. tue zaman sekolah dulu… tp sy percaye, even sekarang nie, dah besar panjang pun, apa2 kita akan rujuk kepada mereka yg bergelar ayah & ibu…. kan? x kira apa jua yg terlintas di fikiran…. so, bila dh besar2 nie, terutama nya kaum hawa nie…. suka dan duka pasti akan dikongsi bersama insan tersayang yg bernama IBU / MAK / MAMA / UMMI dan sebagai nya…. ini kerana kebiasaan nya kaum ibu nie la yg lebih memahami hati si anak… ini disebabkan ikatan yg terjalin antara ibu n si anak selama 9 bulan yg berada di dlm rahim si ibu….
Sejujurnya….. sy teramat cemburu dengan mereka yg dh berumur tetapi masih mempunyai ibu dan ayah… Fuhhhh!!!!…. [ take a deep breath…..] sbb sy dah xde mak…. mak sy telah meninggalkan kami adik beradik pada tanggal 26 Ogos 1996 [Isnin] jam 2++ ptg….. hurmmm….. x kan ku lupakan tarikh keramat itu…. (T_T) huhuhuhu… sgt sedih…. waktu tue sy baru Darjah 5….. masih mentah untuk menghadapi semua itu… tetapi ku bersyukur kerana mempunyai ramai kakak dan masih ada abah yg sgt tabah dlm membesarkan kami 6 beradik….. Maka hilang la tempat kami mengadu….kini segalanya sy pendam sendiri… menumpang kasih pada yg sudi….. walaupun mereka menganggap sy seperti anak mereka sendiri…. dan diberi kasih syg yg secukup nya… namum ia tidak dpt menandingi kasih ibu sendiri….. tidak semua masalah yg dihadapi dpt dikongsi… segala yg dihadapi terpaksa dilalui seorang diri…… tdk seperti mereka yg masih mempunyai ibu…. Ya Allah… Tabahkan la hati hambaMu ini….. Dalam menghadapi liku2 kehidupan…… sesungguh nya sy hanya insan yg lemah…..
Ibunda Tercinta ~Samaniah bt Mohamad~

Ibunda Tercinta ~Samaniah bt Mohamad~

Semoga roh nya di cucuri rahmat & di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman… InsyaAllah… Al-Fatihah buat Mak tercinta…… Amin…… Mak….. Andai nya mak masih hidup sekarang nie, mak dah ada 10 org cucu…. ramai kan??? mmg meriah… abah pun kekadang x larat nk melayan kerenah cucu2 nya…. klu semua berkumpul…. mengalahkan pasar mlm riuh nya rumah abah tue mak…. (T_T) [ Ya Allah…. berdosakah aku menangisi mereka yg telah pergi mengdapMU yaAllah??]
Mak… nie la antara cucu2 mak yg ada… gamba nie kami ambil pada hari raya tahun 2009…
cucu kpd En.Othman & Pn.Samaniah

cucu kpd En.Othman & Pn.Samaniah

Mak…. skang nie cucu mak ada yang dah masuk alam persekolahan….Ramai dh cucu mak…. Orang dpt bayangkan klu mak masih hidup….. mak mesti happy…. di kelilingi dgn cucu yg ramai…. Tapi apakan daya, semua tue x kan berlaku…. Even mak dah xde, tp bg org… mak sentiasa ada dekat dgn kami semua….. Mak…. Orang doakan semoga mak tenang di sana…. & ditempatkan di kalanganorang2 yg beriman… AMIN…..
Orang rindu sgt2 kat mak….. (T_T)
~~AL- FATIHAH~~
ARWAH SAMANIAH BINTI MOHAMAD
26 OGOS 1996
SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT

a day at DEMC

Published 5 April 2011 by chaleeya

Salam… huhuhu… hari anak sedare ku masuk sepital… sian… da r dia kecik lagik… punca nya cirit2… mula2 masuk Hospital Besar Banting, kne tahan 2 hari… x jalan juge… so ayahanda nya pun transfer la ananda puteri kesayangan Lateefa Hannan Ke Darul Ehsan Medical Center [DEMC]

Layannnnn…..

chaleeya's blog

cik nanan tgh sleep andak kaco... ngeee

chaleeya's blog

dah besa nnt nanan nk cantek mcm andak... heh heh heh

chaleeya's blog

sy mau lap hingus sy r... huhuhu

chaleeya's blog

andak cayunk nanan

 

~~ T A U B A T ~~

Published 25 March 2011 by chaleeya

Lirik Lagu Doa Taubat – Raihan

Lirik Lagu Raihan – Doa Taubat

Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi

Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku

Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu